PENTAKSIRAN

APAKAH SEBENARNYA PENTAKSIRAN?

Apa itu pentaksiran sebenarnya? Rata-rata masyarakat amnya, guru dan pelajar, khasnya, apabila ditanya tentang bagaimana hendak mengukur tahap pencapaian, hanya satu jawapannya, melalui peperiksaan. Ini disebabkan oleh pendedahan kita hanya tertumpu kepada peperiksaan semata-mata sebagai kayu pengukur tahap pencapaian seseorang pelajar. Malah masyarakat kita, kerana sudah terbiasa dengan peperiksaan, mula membandingkan seorang pelajar dengan pelajar dengan kaedah berapa banyak A yang dapat diperolehi selepas satu peperiksaan. Bertambah bilangan A yang diperolehi oleh seorang pelajar disamaertikan pula dengan maksud pelajar itu mempunyai ilmu dan kemahiran yang lebih berbanding dengan pelajar lain. Hasilnya, masyarakat meletakkan nilai A itu sebagai kayu pengukur kejayaan seorang pelajar dan berlumba-lumba untuk anaknya mendapat A. Jika tidak mencapai A, maka bermaksud pelajar itu kurang cemerlang, malah lebih sedih lagi, melabelkan pelajar itu sebagai seorang yang gagal.Beberapa persoalan timbul daripada senario sebegini. Adilkah kepada seorang pelajar dinilai hanya bersandarkan kepada satu peperiksaan sahaja? Apakah pelajar itu benar-benar seorang yang berjaya, hanya berlandaskan kepada bilangan A yang diperolehi di dalam peperiksaan? Gagalkah seorang pelajar dalam kehidupannya jika tidak mendapat bilangan A yang banyak atau tidak mendapat A langsung? Tidak adakah rasa tertekan/tekanan mental kepada pelajar kerana terpaksa mengejar A? Bagaimana dengan ibubapa-tiada tekanan? Adakah pelajar itu belajar hanya untuk mendapat A di dalam peperiksaan atau untuk digunakan di dalam kehidupannya?

Semua lapisan masyarakat memerlukan anjakan paradigma apabila berhadapan dengan isu ini. Tidak dinafikan peperiksaan itu penting. Tetapi ia bukanlah matlamat akhir. Ia juga bukan penentu mutlak kepada pencapaian pelajar. Sebenarnya, peperiksaan hanyalah satu ranting sahaja di dalam kaedah pentaksiran. Ia bukanlah 'be all and end all'-bukan segala-galanya. Perlukah kita kepada peperiksaan? Jawapannya - perlu. Pentingkah peperiksaan? Jawapannya-penting. Tetapi perlukah peperiksaan itu dijadikan kayu pengukur kepada pencapaian pelajar semata? Tidak. Perlukah pelajar dan ibubapa dibebankan dengan peperiksaan? Tidak. Adakah peperiksaan benar-benar menguji pencapaian pelajar? Tidak!

Oleh itu, Kerajaan dengan pakar-pakar pendidikan membuat kajian tentang kebergantungan kita kepada peperiksaan, sehingga kita lupa kepada matlamat asal Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Untuk melahirkan insan yang holistik. Oleh itu, setelah dikaji, maka kita baru tersedar sebenarnya terdapat pelbagai kaedah pentaksiran, bukan hanya tertumpu kepada peperiksaan. Sudah ramai cendekiawan berpendapat bahawa untuk sesetengah peringkat umur, kaedah pentaksiran yang berupa peperiksaan tidak praktikal untuk membimbing pelajar di dalam pembelajarannya. Rata-rata, cendiakawan dari negara maju telah pun bergerak meninggalkan kaedah pentaksiran tradisional ini. Mereka lebih tertumpu kepada kaedah pentaksiran yang berupa 'authentic'-yang bermaksud menyerupai dunia sebenar. Mereka juga lebih menumpukan kepada pentaksiran di dalam kelas.

Jadi apa sebenarnya pentaksiran? Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai apa-apa sahaja
kaedah yang diguna untuk lebih memahami pengetahuankemahiran dan adab/nilai/akhlak yang dimiliki oleh seseorang murid sama ada melalui atau tanpa melalui proses pengajaran-pembelajaran”(Dari bahan oleh Dr. Jamil Adimin, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Peperiksaan Malaysia)