Khamis, 3 Mac 2011

Mesyuarat Penyelarasan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah Peringkat Negeri 2011

Satu mesyuarat penyelarasan pengendalian pentaksiran berasaskan sekolah peringkat negeri Pulau Pinang 2011 sedang berlangsung di Star City Hotel dari 3-4 Mac 2011. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang. Majlis turut diserikan oleh Ketua-ketua Sektor dari Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Sektor Pendidikan Islam, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas dan Sektor Jaminan Kualiti. Satu penambahbaikan telah diumumkan mengenai pentaksiran pusat iaitu hanya 8 Ketua Pentaksir Negeri dilantik untuk subjek-subjek SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Prinsip Perakaunan, Pendidikan Seni Visual, Lukisan Kejuruteraan, Reka Cipta dan ICT. Untuk lain-lain subjek yang mempunyai komponen pentaksiran, Jurulatih Utama Negeri dan Jurulatih Utama Daerah telah dilantik. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang.

Rabu, 2 Mac 2011

Mesyuarat penataran dokumen standard prestasi tahun 1

Mesyuarat penataran dokumen standard prestasi tahun 1 berdasarkan kurikulum standard sekolah rendah akan diadakan dari 7 Mac hingga 10 Mac 2011. Mesyuarat yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia diadakan untuk tujuan penambahbaikan pelaksanaan pentaksiran di sekolah. Terdapat beberapa tempat yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan dan salah satunya di Berjaya Hotel. Guru-guru yang terlibat dikehendaki untuk membawa komputer riba untuk melicinkan perjalanan mesyuarat. Guru-guru juga diingatkan untuk membawa salinan surat panggilan mesyuarat dan salinan akaun bank bagi tujuan urusan borang tuntutan perjalanan. Sekian, terima kasih.

Mesyuarat PBS Sejarah dan Geografi PMR 2011

Satu mesyuarat pentaksiran berasaskan sekolah bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi PMR 2011 akan diadakan pada 7 Mac 2011 dari 9.00 pagi hingga 4 petang di bilik mesyuarat PPD Selatan. Ahli mesyuarat terdiri daripada pegawai-pegawai dari Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Pegawai PBS Daerah, Jurulatih Utama Negeri dan Jurulatih Utama Daerah.