Khamis, 3 Mac 2011

Mesyuarat Penyelarasan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah Peringkat Negeri 2011

Satu mesyuarat penyelarasan pengendalian pentaksiran berasaskan sekolah peringkat negeri Pulau Pinang 2011 sedang berlangsung di Star City Hotel dari 3-4 Mac 2011. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang. Majlis turut diserikan oleh Ketua-ketua Sektor dari Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Sektor Pendidikan Islam, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas dan Sektor Jaminan Kualiti. Satu penambahbaikan telah diumumkan mengenai pentaksiran pusat iaitu hanya 8 Ketua Pentaksir Negeri dilantik untuk subjek-subjek SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Prinsip Perakaunan, Pendidikan Seni Visual, Lukisan Kejuruteraan, Reka Cipta dan ICT. Untuk lain-lain subjek yang mempunyai komponen pentaksiran, Jurulatih Utama Negeri dan Jurulatih Utama Daerah telah dilantik. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang.

Rabu, 2 Mac 2011

Mesyuarat penataran dokumen standard prestasi tahun 1

Mesyuarat penataran dokumen standard prestasi tahun 1 berdasarkan kurikulum standard sekolah rendah akan diadakan dari 7 Mac hingga 10 Mac 2011. Mesyuarat yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia diadakan untuk tujuan penambahbaikan pelaksanaan pentaksiran di sekolah. Terdapat beberapa tempat yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan dan salah satunya di Berjaya Hotel. Guru-guru yang terlibat dikehendaki untuk membawa komputer riba untuk melicinkan perjalanan mesyuarat. Guru-guru juga diingatkan untuk membawa salinan surat panggilan mesyuarat dan salinan akaun bank bagi tujuan urusan borang tuntutan perjalanan. Sekian, terima kasih.

Mesyuarat PBS Sejarah dan Geografi PMR 2011

Satu mesyuarat pentaksiran berasaskan sekolah bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi PMR 2011 akan diadakan pada 7 Mac 2011 dari 9.00 pagi hingga 4 petang di bilik mesyuarat PPD Selatan. Ahli mesyuarat terdiri daripada pegawai-pegawai dari Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Pegawai PBS Daerah, Jurulatih Utama Negeri dan Jurulatih Utama Daerah.

Khamis, 23 Disember 2010

Pemberitahuan mengenai SPPK untuk Subjek Pend. Jasmani dan Kesihatan Tahun 1, 2011

Satu penambahbaikan untuk subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk Tahun 1, 2011 telah dibuat. Untuk makluman semua sekolah rendah, subjek pendidikan jasmani dan kesihatan tidak memerlukan standard prestasi untuk menjalakan pentaksiran. Kaedah yang digunapakai untuk subjek-subjek ini adalah berupa senarai semak/'checklist'. Jika murid tersebut menguasai kemahiran yang diajar, guru perlu menanda 1 di dalam senarai semak. Jika murid tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar, maka 0 perlu ditandakan di dalam senarai semak. Guru perlu membenarkan murid untuk mencuba beberapa kali, jika cubaan yang pertama murid belum boleh menguasai kemahiran yang diajar. Markah pentaksiran untuk subjek ini perlu disimpan oleh guru. Proses pengiraan markah akan ditaklimatkan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi melalui blog ataupun e-mel, pbsppdtl@gmail.com. Sekian, terima kasih.

Isnin, 13 Disember 2010

Mesyuarat dan Bengkel SPPK Daerah Barat Daya & Selatan 12-14 DIS. 2010

Satu mensyuarat dan bengkel SPPK untuk daerah Selatan dan Barat Daya telah diadakan di Regency Hotel, Alor Star, Kedah pada 12 hingga 14 Dis. 2010. Mensyuarat ini turut dihadiri oleh beberapa guru dari sekolah rendah swasta. Seramai 156 peserta terlibat dalam mesyuarat kali ini. Majlis diserikan dengan kehadiran Tuan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Tn. Haji Ibrahim B. Mohamad, PJK. Beliau menerangkan tentang transformasi pendidikan yang berlaku dan akan berlaku kepada semua yang hadir. Beliau turut menyampaikan watikah pelantikan dan sijil penghargaan kepada Jurulatih Utama Negeri pada upacara perasmian mesyuarat. Majlis turut dihadiri oleh Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Tn. Haji Ahmad Tarmizi B. Kamarudin, PJK, pada malam hari kedua mesyuarat. Beliau turut menyampaikan seruan agar guru mempunyai integriti ketika membuat pentaksiran agar tidak dipertikaikan oleh ibu bapa. Guru-guru menunjukkan respons yang baik dan semasa sesi perbengkelan berlansung, guru-guru menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menyiapkan tugasan. Untuk bahan-bahan daripada mesyuarat, sila klik di sini

Khamis, 2 Disember 2010

Mesyuarat dan Bengkel SPPK Daerah Utara 1-3 DIS. 2010

Satu mesyuarat dan bengkel SPPK Daerah Utara telah diadakan di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor dari 1 hingga 3 Dis 2010 untuk guru-guru Tahun 1 2011. Seramai 164 peserta terlibat dengan program ini termasuk Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Tn. Haji Ibrahim B. Mohamad, PJK., Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Tn. Haji Ahmad Tarmizi B. Kamarudin, PJK., Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, En. Yeoh Kok Kheng, Ketua Sektor Akademik, Cik Fatimah Bt. Othman, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Tn. Haji Umar B. Abdul Aziz, Ketua Sektor Pendidikan Khas dan Pendidikan Swasta, Tn. Haji Abu B. Hassan, Pegawai Pelajaran Daerah Timur Laut, En. Pauzi B. Hj. Omar, Pegawai Pelajaran Daerah Barat Daya, En. Mohamad. Zabidi B. Abd. Rahman, Pegawai Pelajaran Daerah Utara, Tn. Haji Abu Bakar B. Muad, Pegawai Pelajaran Daerah Tengah, Tn. Haji Mohd. Zaki B. Haji Harun, Pegawai Pelajaran Daerah Selatan, En. Mohd. Ghazali B. Abu Bakar, pegawai-pegawai SPP, JPN, pegawai-pegawai PBS dan Peperiksaan di PPD, Jurulatih-Jurulatih Utama SPPK dan KSSR dan staf-staf SPP, JPN. Penerimaan konsep SPPK adalah sangat baik. Semasa sesi perbengkelan, guru-guru menunjukkan semangat yang amat tinggi untuk memahami dan menyelesaikan tugasan yang diberi. Walaupun guru-guru sedar mengenai bebanan kerja yang bertambah, tetapi demi untuk murid-murid, SPPK ini perlu diteruskan juga. Untuk memuat turun bahan daripada mensyuarat dan bengkel ini, sila klik di sini.

Jumaat, 26 November 2010

Mesyuarat dan Bengkel SPPK Daerah Tengah 25-27 NOV. 2010

Satu mesyuarat telah diadakan di Pangkor Holiday Resort untuk pelaksanaan SPPK untuk daerah Tengah pada 25-27 Nov. 2010. Seramai 120 peserta, termasuk pegawai dari SPP, pegawai PBS & Peperiksaan PPD dan guru-guru Sek. Ren. di daerah Tengah. Banyak persoalan yang timbul, banyak juga keluhan mengenai bebanan kerja. Namun begitu, semasa bengkel, guru-guru telah menunjukkan respons yang positif untuk melaksanakan apa yang dipinta. Tahniah untuk semua guru. Untuk memuat turun bahan dari mesyuarat dan bengkel SPPK, sila klik di sini.