Khamis, 23 Disember 2010

Pemberitahuan mengenai SPPK untuk Subjek Pend. Jasmani dan Kesihatan Tahun 1, 2011

Satu penambahbaikan untuk subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk Tahun 1, 2011 telah dibuat. Untuk makluman semua sekolah rendah, subjek pendidikan jasmani dan kesihatan tidak memerlukan standard prestasi untuk menjalakan pentaksiran. Kaedah yang digunapakai untuk subjek-subjek ini adalah berupa senarai semak/'checklist'. Jika murid tersebut menguasai kemahiran yang diajar, guru perlu menanda 1 di dalam senarai semak. Jika murid tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar, maka 0 perlu ditandakan di dalam senarai semak. Guru perlu membenarkan murid untuk mencuba beberapa kali, jika cubaan yang pertama murid belum boleh menguasai kemahiran yang diajar. Markah pentaksiran untuk subjek ini perlu disimpan oleh guru. Proses pengiraan markah akan ditaklimatkan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi melalui blog ataupun e-mel, pbsppdtl@gmail.com. Sekian, terima kasih.

Isnin, 13 Disember 2010

Mesyuarat dan Bengkel SPPK Daerah Barat Daya & Selatan 12-14 DIS. 2010

Satu mensyuarat dan bengkel SPPK untuk daerah Selatan dan Barat Daya telah diadakan di Regency Hotel, Alor Star, Kedah pada 12 hingga 14 Dis. 2010. Mensyuarat ini turut dihadiri oleh beberapa guru dari sekolah rendah swasta. Seramai 156 peserta terlibat dalam mesyuarat kali ini. Majlis diserikan dengan kehadiran Tuan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Tn. Haji Ibrahim B. Mohamad, PJK. Beliau menerangkan tentang transformasi pendidikan yang berlaku dan akan berlaku kepada semua yang hadir. Beliau turut menyampaikan watikah pelantikan dan sijil penghargaan kepada Jurulatih Utama Negeri pada upacara perasmian mesyuarat. Majlis turut dihadiri oleh Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Tn. Haji Ahmad Tarmizi B. Kamarudin, PJK, pada malam hari kedua mesyuarat. Beliau turut menyampaikan seruan agar guru mempunyai integriti ketika membuat pentaksiran agar tidak dipertikaikan oleh ibu bapa. Guru-guru menunjukkan respons yang baik dan semasa sesi perbengkelan berlansung, guru-guru menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menyiapkan tugasan. Untuk bahan-bahan daripada mesyuarat, sila klik di sini

Khamis, 2 Disember 2010

Mesyuarat dan Bengkel SPPK Daerah Utara 1-3 DIS. 2010

Satu mesyuarat dan bengkel SPPK Daerah Utara telah diadakan di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor dari 1 hingga 3 Dis 2010 untuk guru-guru Tahun 1 2011. Seramai 164 peserta terlibat dengan program ini termasuk Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Tn. Haji Ibrahim B. Mohamad, PJK., Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Tn. Haji Ahmad Tarmizi B. Kamarudin, PJK., Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, En. Yeoh Kok Kheng, Ketua Sektor Akademik, Cik Fatimah Bt. Othman, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Tn. Haji Umar B. Abdul Aziz, Ketua Sektor Pendidikan Khas dan Pendidikan Swasta, Tn. Haji Abu B. Hassan, Pegawai Pelajaran Daerah Timur Laut, En. Pauzi B. Hj. Omar, Pegawai Pelajaran Daerah Barat Daya, En. Mohamad. Zabidi B. Abd. Rahman, Pegawai Pelajaran Daerah Utara, Tn. Haji Abu Bakar B. Muad, Pegawai Pelajaran Daerah Tengah, Tn. Haji Mohd. Zaki B. Haji Harun, Pegawai Pelajaran Daerah Selatan, En. Mohd. Ghazali B. Abu Bakar, pegawai-pegawai SPP, JPN, pegawai-pegawai PBS dan Peperiksaan di PPD, Jurulatih-Jurulatih Utama SPPK dan KSSR dan staf-staf SPP, JPN. Penerimaan konsep SPPK adalah sangat baik. Semasa sesi perbengkelan, guru-guru menunjukkan semangat yang amat tinggi untuk memahami dan menyelesaikan tugasan yang diberi. Walaupun guru-guru sedar mengenai bebanan kerja yang bertambah, tetapi demi untuk murid-murid, SPPK ini perlu diteruskan juga. Untuk memuat turun bahan daripada mensyuarat dan bengkel ini, sila klik di sini.

Jumaat, 26 November 2010

Mesyuarat dan Bengkel SPPK Daerah Tengah 25-27 NOV. 2010

Satu mesyuarat telah diadakan di Pangkor Holiday Resort untuk pelaksanaan SPPK untuk daerah Tengah pada 25-27 Nov. 2010. Seramai 120 peserta, termasuk pegawai dari SPP, pegawai PBS & Peperiksaan PPD dan guru-guru Sek. Ren. di daerah Tengah. Banyak persoalan yang timbul, banyak juga keluhan mengenai bebanan kerja. Namun begitu, semasa bengkel, guru-guru telah menunjukkan respons yang positif untuk melaksanakan apa yang dipinta. Tahniah untuk semua guru. Untuk memuat turun bahan dari mesyuarat dan bengkel SPPK, sila klik di sini.

Selasa, 23 November 2010

Mesyuarat dan Bengkel SPPK Daerah Timur Laut 22-24 NOV. 2010

Satu mesyuarat dan bengkel SPPK untuk daerah Timur Laut, anjuran Sektor Penilaian dan Peperiksaan, telah di adakan di SSL Traders Hotel bermula dari 22 Nov. 2010 hingga 24 Nov. 2010. Semua sekolah rendah di daerah Timur Laut terlibat, kecuali sekolah swasta. Seramai 182 orang, termasuk pegawai SPP dan PPD terlibat di dalam bengkel ini. Guru-guru menunjukkan respons yang baik dengan banyak persoalan yang ditimbulkan. Ini membuktikan bahawa guru-guru telah pun mendapat idea bagaimana untuk menjalankan SPPK. Yang dirisaukan hanyalah bebanan kerja. Untuk ini, guru-guru terpaksa menggunakan teknologi terkini bagi memudahkan kerja guru-guru. Untuk mendapatkan bahan-bahan dari mesyuarat, sila klik di sini.

Khamis, 18 November 2010

Mesyuarat dan Bengkel SPPK Daerah Timur Laut

Satu mesyuarat dan bengkel SPPK untuk sekolah-sekolah di daerah Timur Laut akan diadakan di Hotel SSL Traders, Taiping dari 22 Nov.-24 Nov. 2010. Seramai 2 orang guru dari setiap sekolah rendah di daerah Timur Laut akan berkumpul di depan Bangunan Syed Putra pada pukul 1.00 tgh. hari pada 22 Nov. 2010 untuk bertolak ke tempat mesyuarat. Agenda mesyuarat adalah untuk memperkenalkan konsep SPPK dan bagaimana untuk mengaplikasi SPPK di sekolah untuk Tahun 1, 2011 kepada semua guru-guru yang terlibat.

Mesyuarat dan Bengkel JU SPPK Siri II, Emerald Puteri, 15-16 Nov. 2010

Mesyuarat dan Bengkel JU SPPK Siri II telah diadakan pada 15-16 Nov. 2010 di Hotel Emeral Puteri, Sg. Petani. Pada kali ini, mesyuarat telah dihadiri bersama pegawai-pegawai dari SPA, SPI dan SPSPK. Ini kerana untuk pelaksanaan SPPK memerlukan input/pandangan dari pegawai-pegawai dari sektor lain, kerana ia berkait rapat dengan KSSR. Pandangan dari pegawai-pegawai telah lebih menjernihkan lagi mengenai KSSR dan peranan SPPK. Sekalung penghargaan kepada semua pegawai yang memberikan pandangan yang tepat dan jitu.    JU SPPK nampak lebih bersedia untuk membimbing guru-guru di Pulau Pinang. Untuk mendapatkan bahan daripada mesyuarat tersebut sila klik di sini.

Selasa, 2 November 2010

Mesyuarat dan Bengkel JU SPPK, Emerald Puteri, 1-2 Nov. 2010

Satu mesyuarat dan bengkel untuk Jurulatih Utama (JU) SPPK telah diadakan di Emerald Puteri, Sg. Petani, Kedah Darul Aman pada 1 & 2 Nov. 2010. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Tuan Ketua Penolong Pengarah Sektor Penilaian &Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri, En. Mohamad B. Abdul Samat. Mesyuarat dihadiri oleh Pegawai-pegawai dari SPP & SPA, pegawai-pegawai PBS dan Peperiksaan PPD, JU SPPK dan JU KSSR beserta wakil pentadbir dari SK Ara Rendang dan SK Sg. Ara. Antara aktiviti yang dijalankan ialah bengkel penyediaan RPH berdasarkan KSSR dengan elemen pentaksiran pelbagai dan bengkel penetapan standard prestasi untuk pentaksiran sumatif. Untuk bahan-bahan dari mesyuarat sila klik di sini.

Isnin, 25 Oktober 2010

PBS di dalam KSSR

Satu mesyuarat pemantapan modul PBS untuk Tahap Satu telah diadakan pada 19-21 Oktober 2010 anjuran Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia di Cempaka Suites, Menara PGRM, Kuala Lumpur. Guru-guru tahun satu dari seluruh Malaysia hadir pada mesyuarat tersebut dan telah dilantik sebagai Jurulatih Utama PBS oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk daerah Timur Laut, seorang guru dari SK Minden Height telah dipilih untuk menjadi JU Negeri. PPDTL mengucapkan tahniah kepada Pn. Marini Insyirah di atas pelantikan beliau. Bahan-bahan mengenai Mesyuarat tersebut akan dimuat naik dalam masa terdekat. Sekian, terima kasih.

Jumaat, 15 Oktober 2010

PEKELILING PBS
Untuk memuat turun surat punca kuasa (pekeliling) tentang menjalankan PBS, sila klik di sini. Pekeliling-pekeliling tersebut adalah penting untuk tuan/puan menjalankan PBS di sekolah dan mesti disertakan di dalam fail PBS sekolah. Sekian, terima kasih.
MANUAL PBS SPM
Untuk memuat turun folder Manual PBS SPM sila klik di sini. Terdapat satu fail di dalam folder tersebut berkenaan dengan Manual PBS SPM 2009. Tuan/ Puan boleh memuat turun folder tersebut untuk mengemaskini fail PBS sekolah. Sekian, terima kasih.

Rabu, 13 Oktober 2010

MANUAL PBS PMR
Untuk memuat turun folder Manual PBS PMR sila klik di sini. Terdapat dua bahan di dalam folder tersebut iaitu tentang penataran pbs dan penyelarasan pbs. Tuan/Puan boleh mengambil bahan-bahan ini untuk mengemaskini fail PBS sekolah. Sekian. terima kasih.
Manual PBS UPSR
Untuk memuat turun Folder Manual PBS UPSR sila klik di sini. Terdapat dua 'file' di dalam folder ini berkenaan dengan 'PAFA' dan juga 'PLBS BM & BI'. Tuan/ Puan boleh mengemaskini fail PBS sekolah dengan manual ini. Sekian, terima kasih.
blog ini baru saja direka untuk kegunaan semua guru di daerah timur laut. Bahan-bahan berkaitan pbs akan dimuat naik dalam masa yang terdekat. Terima Kasih.