Jumaat, 26 November 2010

Mesyuarat dan Bengkel SPPK Daerah Tengah 25-27 NOV. 2010

Satu mesyuarat telah diadakan di Pangkor Holiday Resort untuk pelaksanaan SPPK untuk daerah Tengah pada 25-27 Nov. 2010. Seramai 120 peserta, termasuk pegawai dari SPP, pegawai PBS & Peperiksaan PPD dan guru-guru Sek. Ren. di daerah Tengah. Banyak persoalan yang timbul, banyak juga keluhan mengenai bebanan kerja. Namun begitu, semasa bengkel, guru-guru telah menunjukkan respons yang positif untuk melaksanakan apa yang dipinta. Tahniah untuk semua guru. Untuk memuat turun bahan dari mesyuarat dan bengkel SPPK, sila klik di sini.

Selasa, 23 November 2010

Mesyuarat dan Bengkel SPPK Daerah Timur Laut 22-24 NOV. 2010

Satu mesyuarat dan bengkel SPPK untuk daerah Timur Laut, anjuran Sektor Penilaian dan Peperiksaan, telah di adakan di SSL Traders Hotel bermula dari 22 Nov. 2010 hingga 24 Nov. 2010. Semua sekolah rendah di daerah Timur Laut terlibat, kecuali sekolah swasta. Seramai 182 orang, termasuk pegawai SPP dan PPD terlibat di dalam bengkel ini. Guru-guru menunjukkan respons yang baik dengan banyak persoalan yang ditimbulkan. Ini membuktikan bahawa guru-guru telah pun mendapat idea bagaimana untuk menjalankan SPPK. Yang dirisaukan hanyalah bebanan kerja. Untuk ini, guru-guru terpaksa menggunakan teknologi terkini bagi memudahkan kerja guru-guru. Untuk mendapatkan bahan-bahan dari mesyuarat, sila klik di sini.

Khamis, 18 November 2010

Mesyuarat dan Bengkel SPPK Daerah Timur Laut

Satu mesyuarat dan bengkel SPPK untuk sekolah-sekolah di daerah Timur Laut akan diadakan di Hotel SSL Traders, Taiping dari 22 Nov.-24 Nov. 2010. Seramai 2 orang guru dari setiap sekolah rendah di daerah Timur Laut akan berkumpul di depan Bangunan Syed Putra pada pukul 1.00 tgh. hari pada 22 Nov. 2010 untuk bertolak ke tempat mesyuarat. Agenda mesyuarat adalah untuk memperkenalkan konsep SPPK dan bagaimana untuk mengaplikasi SPPK di sekolah untuk Tahun 1, 2011 kepada semua guru-guru yang terlibat.

Mesyuarat dan Bengkel JU SPPK Siri II, Emerald Puteri, 15-16 Nov. 2010

Mesyuarat dan Bengkel JU SPPK Siri II telah diadakan pada 15-16 Nov. 2010 di Hotel Emeral Puteri, Sg. Petani. Pada kali ini, mesyuarat telah dihadiri bersama pegawai-pegawai dari SPA, SPI dan SPSPK. Ini kerana untuk pelaksanaan SPPK memerlukan input/pandangan dari pegawai-pegawai dari sektor lain, kerana ia berkait rapat dengan KSSR. Pandangan dari pegawai-pegawai telah lebih menjernihkan lagi mengenai KSSR dan peranan SPPK. Sekalung penghargaan kepada semua pegawai yang memberikan pandangan yang tepat dan jitu.    JU SPPK nampak lebih bersedia untuk membimbing guru-guru di Pulau Pinang. Untuk mendapatkan bahan daripada mesyuarat tersebut sila klik di sini.

Selasa, 2 November 2010

Mesyuarat dan Bengkel JU SPPK, Emerald Puteri, 1-2 Nov. 2010

Satu mesyuarat dan bengkel untuk Jurulatih Utama (JU) SPPK telah diadakan di Emerald Puteri, Sg. Petani, Kedah Darul Aman pada 1 & 2 Nov. 2010. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Tuan Ketua Penolong Pengarah Sektor Penilaian &Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri, En. Mohamad B. Abdul Samat. Mesyuarat dihadiri oleh Pegawai-pegawai dari SPP & SPA, pegawai-pegawai PBS dan Peperiksaan PPD, JU SPPK dan JU KSSR beserta wakil pentadbir dari SK Ara Rendang dan SK Sg. Ara. Antara aktiviti yang dijalankan ialah bengkel penyediaan RPH berdasarkan KSSR dengan elemen pentaksiran pelbagai dan bengkel penetapan standard prestasi untuk pentaksiran sumatif. Untuk bahan-bahan dari mesyuarat sila klik di sini.